[VIDEO] Vir4l Kek Kahwin Terjatuh Atas Jalan, Reaksi Pemuda Ini Buat Netizen Terhibur

(skrol ke bawah untuk menonton video)

Majlis perkahwinan dipenuhi dengan pelbagai aksi dan ragam baik dari keluarga pengantin lelaki mahupun keluarga pengantin perempuan.

Acara memotong kek juga merupakan acara yang dinantikan oleh pengantin serta kedua belah pihak keluarga. Namun bagaimana pula jika kek yang ditempah jatuh di atas jalan raya sebelum acara bermula?

Baru-baru ini viral di media sosial video seorang pemuda yang menjadi pengapit pengantin sedang membawa kek kahwin. Malangnya kek tersebut jatuh ke atas jalan raya dan gagal menyelamatkan kek kahwin sahabatnya itu.

Reaksi pemuda itu sangat menarik perhatian netizen hingga ada yang menjadikan ianya sebagai jenaka dan disunting sebagai meme. Video tersebut dimuat naik oleh Aiman Ariff menjadi viral di media sosial terutama di Twitter.

VIDEO :

Rata-rata netizen menganggap kejadian tersebut melucukan namun ada yang mendakwa video tersebut telah dirancang terlebih dahulu. Ada juga yang meyelar individu yang merakam video tersebut kerana tidak membantu. Walau apa pun, tertanya juga apa kesudahan kejadian tersebut dan apa reaksi pengantin melihat kek kahwin yang sudah bertukar rupa itu.

Sumber : mediaempirenetwork

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply