“Makin tembom pipi dia” – Ramai syukur lihat keadaan terkini Ainul Mardhiah

 

Selepas tiba di tanah air pada Ahad lalu, bapa kepada Ainul Mardhiah iaitu Ahmad Safiuddin berkongsi keadaan terbaru anaknya yang berusia 11 bulan itu.

Menerusi laman Instagram, bayi perempuan yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketvmbuhan kansser di mulutnya itu kelihatan semakin sihat dan berisi.

“Budak yang tak tidur dari pukul 12 tengah malam sampai 5 pagi. Kesian mama dia kena buIi.

“Sekarang ni baru nak tidur nyenyak. Walid sampai, walid pulak buIi dia tak kasi dia tidur. Padan muka,” tulis bapanya.

Menerusi posting berbeza, Ahmad Safiuddin turut memuat naik gambar Ainul yang sedang menghissap ibu jari tangan sehingga mengundang perhatian ramai.

“Sedapnya. Rasa manis-manis kat jari. Tapi air liur tu jangan lah sapu satu muka. Apa Ainul ingat air liur tu boleh skrub muka ke?,” katanya dalam nada mengusik.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi positif netizen dimana rata-rata bersyukur melihat keadaan terkini Ainul yang semakin membesar dengan sihat.

Alhamdulillah! Semoga terus sihat

Sumber : Ohmedia via celotehsaje

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply