“Tips untuk menyayangi diri sendiri, tindakan harus diambil segera!
“Percaya dengan perancangan Tuhan, semua yang berlaku ada hikmahnya! Kita harus sentiasa berdoa, berusaha keras dan bersabar, keajaiban akan muncul nanti.
“Duduk, bernafas dan ambil masa untuk tulis apa yang membanggakan tentang diri anda, ingat betapa baik, penyayang dan kuatnya anda”, tulis Fazura sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Fazura meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan pendapatnya itu.
Sebelum ini, Fazura juga telah berkongsi beberapa tips untuk membuat diri sendiri berasa gembira menerusi perkongsian di IG.
Sedikit info mengenai Fazura, selebriti kelahiran Pekan, Pahang ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2002 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.
Fazura mendirikan rumah tangga dengan suaminya, aktor Fattah Amin pada tahun 2017.
Leave a Reply