Tak Boleh Ke Kami Berkawan? – Dayang Nurfaizah Jawab Isu Hubungan Dengan Hael Husaini

Penyanyi, Dayang Nurfaizah, 38, menegaskan tiada sebab untuk dia mencipta isu konon menjalinkan hubungan dengan teman duet, Hael Husaini.

Dayang atau nama penuhnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty berkata, ia tercetus berikutan keserasian yang wujud antara mereka sehingga peminat mengharapkan sesuatu berputik daripada persahabatan terbabit.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#majlissantapandiraja sempena #istiadatpertabalan #istananegara

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

“Peminat sering salah sangka apabila kami mengadakan persembahan bersama, apatah lagi dengan kemunculan lagu duet, Har4m. Tidak bolehkah kami berkawan?

“Sebenarnya, saya tidak pun menganggapnya sebagai kontr0versi. Lebih-lebih lagi, bukan saya yang mencetuskan perkara ini. Ia (isu bercinta) terjadi dengan sendiri, bukan dibuat-buat,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH 32) di Tamu Hotel & Suites, di sini.

Dayang berkata demikian apabila ditanya mengenai desas-desus kisah percintaan antaranya dengan Hael sengaja dibangkitkan bagi meraih perhatian peminat.

Magis keserasian pasangan berkenaan terbukti apabila lagu dendangan mereka, Har4m, dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33), Februari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congrats on your Special day ❤️ . #dayangduadekad

A post shared by HARI INI(New Release) (@haelhusaini) on

Keserasian yang ditonjolkan mereka turut mencetuskan tanda pagar #HaelYang, iaitu cantuman nama kedua-duanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kejayaan mereka membolosi senarai akhir kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular ABPBH 32, Dayang bersyukur apabila namanya masih mendapat sokongan ketika dunia hiburan dikuasai bakat muda.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih semua #abpbh32 ???❤️❤️❤️

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

Katanya, persaingan artis baharu dan lama dalam senarai Top 5 pastinya menghangatkan lagi kempen acara terbabit yang akan mencapai kemuncaknya pada 22 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Syukur lagu Har4m mendapat sambutan hangat dan bagi saya, ia perkara yang luar biasa.

“Pencalonan pada ABPBH 32 menjadi penghargaan besar buat saya, apatah lagi persaingannya juga agak sengit. Saya sendiri tidak pernah berasakan sudah berada pada tahap yang berbeza,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : BHonline

Be the first to comment

Leave a Reply