Connect with us

Hiburan

“Tiada Pengumuman Kahwin, Hanya Teruja Tengok Dia Berhijab” – Jaa Suzuran Terkejut Melissa Sahut Cabaran Bertudung

Published

on

NIAT bekas penyampai radio, Jaa Suzuran berkongsi foto rakan baiknya, Melissa Th’ng mengenakan hijab di laman sosial menarik perhatian netizen.

Menjelaskan perkara itu, Jaa berkata, ia bukan sesuatu yang dirancang untuk mencetuskan gimik sebaliknya keterujaan dirinya melihat Melissa yang jauh berbeza dengan penampilan sebenar.

“Ianya bukan prank atau gimik… ramai yang ingat begitu. Mel dah lama beritahu dia nak rasa teh susu cincau Cha Bang Ang, tu yang saya bagi dia cuba. Kemudian saya sengaja minta dia cuba pakai tudung sekali. Tak sangka pula dia sanggup pakai tudung tu untuk saya.

“Lepas tu tengok pula dia pakai tudung nampak cool dan cantik! Mana tak cair!

“Sebab itu saya plan nak post di Instagram, tak sangka pula mereka ingat kami nak umum mengenai perkahwinan. Asalnya memang saya excited nak tunjuk dekat mereka rupa Mel kalau pakai tudung,” ujarnya kepada mStar.

Perkongsian Jaa di laman Instagram menarik perhatian peminat.

Bercerita lanjut, Jaa berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk melihat Mel mengenakan tudung diterima baik wanita itu yang juga merupakan penyampai radio Hitz FM.

Tambahnya, dia turut berasa terkejut apabila Melissa secara spontan memberitahu mahu berubah sebaik mengenakan tudung Jaaurah yang dijualnya itu.

“Paling saya tak expect reaksi Mel selepas pakai tudung, dia beritahu pakai tudung tu buat dia ada rasa lain. Seolah-olah dia kena behave… sampai dia sendiri takut untuk jadi diri dia yang gila-gila.

“Cuma saya pesan dekat dia jangan over atau melampaui batas sahaja dan dia faham. Alhamdulillah, ramai yang gembira tengok dia pakai tudung sehingga ada yang mendoakan kebaikan untuk Mel.

“Mel pula jenis yang suka dengan benda-benda yang ke arah melayu. Contohnya dia suka nak belajar cakap Kelantan jadi followers dia suka nak tengok apa yang dia buat,” katanya.

Saya tak menolak mana-mana gadis yang ikhlas untuk mengenali saya. Asalkan kami ada chemistry, hati cantik, murni, saya tak kisah

JAA SUZURAN

Dalam pada itu, usahawan berusia 25 tahun ini memberitahu dia merancang untuk menamatkan zaman bujang sebelum usia 29 tahun.

“Saya tak menolak mana-mana gadis yang ikhlas untuk mengenali saya. Asalkan kami ada chemistry, hati cantik, murni, saya tak kisah.

“Sebenarnya saya dah ada perancangan sendiri. Buat masa ni saya nak fokus dengan kerja dan berniaga dahulu, Insyallah kalau ada rezeki, saya nak kahwin sebelum umur 29 tahun,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending