“Teka-Teki Terjawab” – Foto clum kepala Risteena? Isa Khan akan umum sesuatu tidak lama lagi

TEKA-TEKI hubungan percintaan antara pelakon Isa Khan dan Nur Risteena masih menjadi tanda tanya berikutan kedua-duanya masih mengunci mulut apabila ditanya tentang hal itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I miss my long hair ☹️

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Isa, 26, yang dihubungi mStar berkata, dia hanya memerlukan sedikit masa sahaja lagi bagi membuat pengumuman itu termasuk mendedahkan identiti kekasihnya.

Isa meluahkan perasaan terhadap kekasihnya.

“Apa yang saya tulis di IG itu saja yang mampu saya cakap buat masa sekarang ini. Demi menjaga hati beberapa pihak, saya minta maaf.

“Nanti saya akan umumkan tak lama saja lagi,” kata Isa secara ringkas pada Khamis.

Isa diminta mengulas mengenai foto yang memperlihatkan dia menc1um kepala kekasihnya dengan kapsyen luahan perasaan terhadap wanita tersebut di Instagram.

Adik kepada pelakon terkenal Indonesia Miller Khan ini menganggap kehadiran wanita itu membawa semangat baharu dalam kehidupannya.

 

Apa yang saya tulis di IG itu saja yang mampu saya cakap buat masa sekarang ini.

ISA KHAN

Pelakon

“Sayang, kamu telah muncul dalam hidup aku pada saat aku tak punya siapa pun. Kamu telah memberi segala erti dan semangat yang baharu dalam hidup aku.

“Kamu telah menerima aku walaupun banyak manusia jahat cuba untuk meracun fikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku.

“Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku rasa kita sudah lama kenal. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang. Aku janji dengan kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Isa memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa kini namun mengharapkan segala urusannya dipermudahkan.

Peminat membuat andaian lelaki dalam gambar disebalik bunga yang dimuat naik Risteena di IG adalah Isa Khan.

“Kepada sahabat media, minta maaf saya tak boleh beri apa-apa kenyataan buat masa sekarang. Minta doa daripada anda semua untuk permudahkan urusan saya dan dia,” katanya.

Khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat peminat apabila kakak kepada pelakon Ruhainies itu memuat naik video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap oleh seorang lelaki.

Dia juga pernah berkongsi gambar seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam disebalik sejambak bunga.

Menerusi foto tersebut, netizen mula membuat andaian bahawa individu dalam gambar tersebut adalah Isa Khan.

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply