“Tekad Melapangkan Fikiran Daripada Hal Dunia, Bahkan Telefon Pun Saya Tak Bawa,” – Zamani Tunai Umrah Sama Isteri

Penyanyi Zamani berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Umrah. Keberangkatannya ke sana turut diiringi ahli keluarga yang lain, termasuk isteri, Nur Juliana Abdul Rani.

Lapor Harian Metro, penyanyi Gerimis Mengundang ini turut memohon maaf kepada semua seterusnya mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

“Saya dan isteri dengan rendah hati memohon maaf kepada kenalan serta peminat sekiranya ada melakukan kesalahan.

“Doakan supaya perjalanan umrah kami berjalan lancar dan mendapat umrah yang mabrur,” katanya.

Bintang berusia 48 tahun itu berangkat kira-kira jam 7.00 malam tadi bersama isteri selain kakak kandungnya Zuraidah, bapa mentua dan penyanyi Zynakal.

Zynakal merupakan anak saudaranya kepada penyanyi berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum. • Zamani Ibrahim serta keluarga dan @kyda.travel akan ke Tanah Suci Mekah utk menunaikan ibadah umrah. • Semoga semua selamat menunaikan ibadah umrah dgn sempurna, kesihatan yg baik & dilindungi Allah selama menunaikan ibadah. • Semoga mendapat umrah yang mabrur, InsyaAllah. Terima kasih kepada semua atas ucapan & doa kepada Zamani sekeluarga ? • #umrahbersamazamani #zamani #zamaniibrahim #zamanislam #bamzek #zime #zimeproduction #zamanigv5 #zamanigv2018

A post shared by ZIME Production (@zimeproduction) on

Foto mereka sekeluarga sebelum berangkat turut dikongsikan menerusi akaun Zime Production di Instagram.

Mereka turut diiringi lapan wakil daripada agensi umrah Kyda Travel yang menguruskan perjalanan serta kemudahan sepanjang di sana sehingga pulang ke tanah air pada 12 November depan.

Sementara itu, Zamani turut memaklumkan dia mahu beri fokus mengerjakan amal ibadat sepenuhnya sepanjang berada di Tanah Suci tanpa memikirkan hal lain.

“Diikutkan pelbagai perkara difikirkan tapi yang penting saya nak tumpu pada beribadat. Niat ke arah situ sahaja.

“Kalau nak difikirkan macam-macam perkara, memanglah takkan habis. Tapi insya-Allah sampai sahaja di sana, saya nak fikir ibadat sahaja.

“Sepanjang 12 hari di sana, saya bertekad akan melapangkan fikiran daripada hal dunia. Bahkan telefon pun saya tak bawa,” katanya lagi seperti yang dipetik.

Berkongsi mengenai persediaannya ke tanah suci, bintang ini bersama isteri mengakui ada belajar mengenai hal tersebut dengan seorang ustazah berpengalaman serta diberi buku panduan khas.

“Alhamdulillah, sedikit sebanyak persediaan sudah dibuat. Kesihatan saya boleh dikatakan bagus. Namun, sudah pasti saya bawa ubat sebagai langkah berjaga-jaga dan rawatan.

“Saya juga tahu keadaan di sana ramai orang dan apa saja dugaan nanti saya akan tempuh.

“Yang penting saya mahu mendoakan yang baik-baik untuk semua kenalan dan peminat serta minta ampun daripada Allah atas dosa dilakukan,” katanya yang turut pasang impian berdoa perihal cahaya mata.

Foto: Instagram Zime Production

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply