“Abang Yang Tidak Bertanggungjawab!” – Adik Tampil Bersuara… Dedah Ibu Tak Restu, Da’i Farhan Buang Keluarga?

Adik perempuan kepada pendakwah bebas yang sedang tular Da’i Farhan, Nik Fatma Amirah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan abang kandungnya menceraikan isteri pertama, Fatin Nurul Ain semalam.

Dedahnya, ekoran memberikan sokongan terhadap kakak iparnya yang baru dicerai, akaun media sosialnya telah disekat oleh Farhan.

“Semalam adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab.

“Saya diblock dan diunfriend oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya.

“Sudah beberapa minggu saya bersama Kak Fatin, bantu sokong emosi beliau, datang ke rumahnya sewaktu suami beliau tiada, dengar luahannya dan lain-lain lagi.

“Saya tahu kepurusan ini berat untuknya terima tetapi dia kuar dan reda,” tulisnya di Facebook.

Nik Fatma turut memberikan bayangan seolah-olah mereka sekeluarga tidak merestui tindakan drastiknya menceraikan Fatin.

“Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang Mama tidak reda, kamu tidak akan ke mana. Menyesal kemudian tiada guna.

“Untuk ‘wanita’ yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu,” tambahnya.

Malah, Nik Fatma juga memohon doa orang ramai agar abangnya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga.

“Mohon semua sahabat doakan semoga Farhan sedar dan kembali semula ke pangkuan keluarga.

“Kak Fatin, kami ada bersama. Kita sama-sama uruskan sehingga mahkamah putuskan semuanya nanti,” ujarnya lagi.

Sebelum ini tular kisah peribadi Da’i Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply