S4kit Puteri Balqis Didakwa Berpunca Nama Sama Dengan Ketua Jiin, Ini Jawapan Mufti Wilayah!

Pelakon cilik, Puteri Balqis semakin mendapat perhatian selepas kisah kehidupannya yang jauh berbeza daripada zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu menjadi viral dan mendapat perhatian dalam kalangan netizen. Sebelum ini, pelakon berusia 13 tahun itu dilaporkan menghid4p peny4kit hati sehingga menyebabkan dirinya sepi dari dunia lakonan selama beberapa tahun.

Susulan daripada perhatian hangat yang diberikan netizen, ada yang membuat spekulasi berhubung peny4kit kanak-kanak itu di media sosial dan mengaitkan ia dengan namanya, ‘Balqis’.

Ada apa dengan nama ‘Balqis’

Spekulasi berhubung peny4kit pelakon itu mula timbul apabila seorang pengguna Twitter memuat naik satu posting berhubung komen yang diberikan oleh individu yang menonton rancangan Bersamamu di laman Youtube.

Susulan daripada posting tersebut, ramai dalam kalangan pengguna di laman Twitter mula memberikan pandangan mereka sendiri dan mengaitkan ia dengan peny4kit yang dihidapi oleh Balqis.

Apa yang menarik perhatian, rata-rata daripada mereka berpendapat bahawa kondisi yang sedang dilalui kanak-kanak itu mempunyai kaitan dengan namanya iaitu Balqis yang disifatkan mereka sebagai ‘kurang elok’ dan membawa makna yang tidak baik.

Spekulasi netizen

Komen pakar agama

Terpanggil untuk ‘menenangkan’ spekulasi-spekulasi yang dibuat segelintir netizen itu, pendakwah bebas Ustaz Ad-Dien tampil bagi menjelaskan perkara tersebut di laman Twitternya.

Menurut pendakwah itu, perbuatan yang mengaitkan nama sebagai sebab kepada berlakunya penyakit atau perkara malang adalah sesuatu perkara yang dilarang agama dan merupakan perbuatan syiirik.

Komen Mufti

Bukan itu sahaja, Mufti Wilayah Persekutuan juga berpandangan bahawa mempercayai sesuatu nama itu sebagai berat dan tidak mampu ditanggung oleh bayi adalah kepercayaan yang tidak didasari dengan bukti yang jelas dan ia perlu dijauhi oleh orang Islam.

Sumber: Twitter ibcig, Twitter Ad-Dien, Laman Web Pejabat Mufti WP

Sumber : OHBULAN

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply