Connect with us

Hiburan

[VIDEO] Penyanyi Bollywood Sahut Cab4ran, Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Ketika Konsert Di Kuala Lumpur!

Published

on

Penyanyi playback popular Bollywood, Shreya Ghoshal menyahut cabaran wartawan apabila menyanyikan lagu berbahasa Melayu pertama kali ketika konsertnya di Kuala Lumpur malam tadi.

Shreya menyampaikan lagu popular milik penyanyi nombor satu negara itu, Cindai dengan penuh bersahaja dalam rendisinya tersendiri.

“Ini lagu dari penyanyi popular di Malaysia, Siti Nurhaliza. Saya sangat terkesima apabila melihat beliau menyanyi dan saya cuba mempelajarinya sedikit sebanyak. 

“Lagu itu sangat indah…, saya harap anda semua terhibur,” kata Shreya malam tadi ketika konsert Shreya Ghoshal Live In Concert di Plenary Hall, KLCC.

Konsert yang berlangsung sekitar dua jam itu menyaksikan kehebatan Shreya melantunkan lebih 24 buah lagu-lagu popular sepanjang kariernya.

Shreya turut ditemani penyanyi playback Bollywood yang sedang meningkat naik, Tushar Joshi.

Pada konsert yang dihadiri lebih 3,000 pengunjung itu, Shreya membuai peminatnya dengan untaian lagu-lagu seperti Manwa Laage, Ghoomar, Ye Ishq Hai, Nagada Sang Dhol, Deewani Mastani, Tujh Mein Rab Dikhta Hai, Pinga, Sun Raha Nai Na Tu, Dhadak 

Untuk rekod, Shreya pernah menjadi penyanyi playback untuk filem-filem popular antaranya Devdas, Bajirao Mastani, Padmavat, Happy New Year dan banyak lagi.

Shreya yang sudah merakamkan lebih 300 buah lagu itu terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi dari Malaysia.

“Saya sebenarnya teruja sekiranya ada penyanyi hebat dari Malaysia yang mahu berkolaborasi dengan saya suatu hari nanti,” tambahnya.

Terbukti lagu Cindai juga sangat indah dinyanyikan dengan lenggok ala-ala Bollywood! Saksikan video penuh nyanyian Shreya di sini.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending