Connect with us

Hiburan

“Nak Panggil Saya Belut Letrik Saya Tak Kisah, Tapi Jangan Sentuh Pasal Produk Saya!”- Aliff Syukri Nak S4man Pendakwah Bebas

Published

on

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary yang didakwa melemparkan fitn4h terhadap perniagaannya.

Aliff, 33, berkata tudvhan yang mend4kwa dirinya hidup senang daripada hasil memakan duit daripada sumber har4m disifatkan sebagai satu tudvhan keterlaluan.

Bahkan, katanya, individu tersebut turut mengajak orang ramai memboik0t perniagaannya.

“Dia kata saya kaya jual produk har4m, buat duit di Youtube, duit har4m.

“Ustaz ini dah melampau-lampau menghin4 saya. Kalau awak nak mengata saya belut elektrik ke apa, saya tak kisah. Tapi jangan sentuh produk saya. Jangan sebarangan nak kata produk saya har4m atau tiada kelulusan.

“Ingat saya keluarkan produk ini senang-senang ke? Kalau tak ada kelulusan, tak boleh keluar televisyen! Saya tuntut permohonan maaf daripada ustaz yang melampau-lampau memfitn4h saya di laman sosial. Saya tertek4n dengan ustaz ni,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat D’Herbs, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Hadir sama peguamnya, Hasshahari Johari Mawi daripada Hasshaari & Partners.

Terdahulu, seorang individu yang dipercayai pendakwah bebas mengkritlk Aliff berkenaan isu kontr0versi melibatkan keluarga arw4h Abam menerusi akaun Facebook miliknya,

Dalam krltikan tersebut, individu tersebut dikatakan turut mempersoalkan tindakan Aliff yang dikatakan seolah-olah cuba mengaut keuntungan hasil daripada kandungan Youtube dengan cara yang salah.

Kata Aliff, tudvhan tersebut secara tidak langsung menjejaskan reputasi perniagaannya.

Justeru, katanya dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut jika tiada permohonan maaf dibuat.

“Bukan gara-gara Youtube saya kaya ya. Kalau tak buat permohonan maaf, saya serahkan kepada peguam saya untuk tindakan lanjut.

“11,000 orang kongsi video tu, tunggu saya s4man, saya bukan main-main,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending