A Aida Dah Jumpa Jodoh! Abang Sado & Six Pack Katanya..

Kalau sebelum ini Datuk A Aida ada mendedahkan tujuh lelaki datang mahu memikatnya selepas membuka tudung namun terpaksa menolaknya. Dia mahukan seorang lelaki yang berbadan sasa dan memiliki “six pack”.

Tiba-tiba A Aida muncul bersama seorang jejaka sado di Konsert Romantikan Datuk Awie dan menimbulkan persoalan ramai. Aida yang ditemubual wartawan Harian Metro mengakui dia sedang berkawan dengan lelaki itu namun dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

“Saya sudah agak soalan ini akan timbul. Saya jenis yang selesa bercakap benar. Ya, saya dengan dia sedang berkawan. Tapi, perhubungan masih peringkat awal iaitu saling berkenalan.”

“Saya tidak mahu terburu-buru dalam soal mencari pasangan. Saya mahu relak dulu. Lagi pula, apa yang menjadi keutamaan sekarang tetap pada perniagaan dan anak-anak.”

“Kalau ada jodoh, adalah. Tapi, itu bukan fokus saya sekarang. Pada usia sekarang, banyak perkara lain perlu diberi perhatian,” katanya kepada Harian Metro.

 

Foto: Rojak Daily

A.Aida juga mendedahkan lelaki itu jauh lebih muda daripadanya namun tidak menjadi penghalang kerana dia selesa berkawan dengan jejaka itu.

“Dari dulu lagi saya okay saja dengan sesiapa. Macam sekarang ini pun, dia jauh lebih muda daripada saya. Tapi, saya selesa berkawan dengannya. Saya tidak fikir usia itu halangan. Cuma, saya kena lebih berhati-hati dalam perkara ini,” katanya.

Adakah ini respond balas A. Aida terhadap bekas suaminya Ariff Aziz yang menunjuk kekasih barunya yang berasal dari Poland?

 

Apa pun semoga A. Aida lekas bertemu jodoh yang mampu menjaganya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply