Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.

Siapa sangka disebalik penularan C0VID-19, ada hikmah disebaliknya apabila sebuah keluarga di Johor menemui semula ahli keluarga mereka yang terpisah sejak 1996 menerusi lapor4n berita yang disiarkan di kaca TV.

Difahamkan, baru-baru ini Buletin Utama ada menemubual golongan gelandangan di ibu kota bagi membincangkan nasib mereka selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Menerusi perkongsian oleh Mohd Faizal Hasan memaparkan perbualan ahli keluarga tersebut yang mengatakan gelandangan yang ditemubual menerusi lapor4n Buletin Utama itu adalah ahli keluarga mereka yang terpisah lebih 20 tahun lalu.

Dilaporkan gelandangan tersebut berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 dikatakan berkumungkinan untuk mencari pekerjaan. Namun, selepas itu mereka terpisah hubungan dengan ahli keluarga sehingga kini.

Keluarga tersebut kemudian memulakan pencarian melalui media sosial dan akhirnya berjaya menghubungi lelaki berkenaan atas bantuan beberapa pihak.

Turut dimaklumkan, lelaki berkenaan akan pulang semula ke pangkuan keluarga yang di Johor selepas tamat PKP nanti.

Ini adalah sedutan lapor4n berita tersebut yang disiarkan di Buletin Utama TV3 sebelum ini yang menemukan gelandangan tersebut dengan keluarganya.

sumber : gulapop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Ā 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di FacebookĀ @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply