“Rezeki Ustaz Firdaus Wong Dapat Triton Untuk Digunakan Bagi Mengedarkan Sumbangan Sepanjang Tempoh PKP,” – Jangan T4kut Buat Amal Jariah, Anzalna Puji Inisiatif Suami

Suami kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki, mengambil inisiatif dengan menggunakan hubungan baik dengan tempat kerja untuk membantu mereka yang memerlukan ketika negara berdepan krisis C0vid-19.

Difahamkan, suaminya kerjasama dengan Mitsubishi cawangan Ampang untuk meminjamkan kenderaan jenis 4WD Triton bagi kegunaan Ustaz Firdaus Wong mengedarkan sumbangan kepada asnaf dan B40 untuk tujuan berkaitan.

“Bila namanya perniagaan, memang ada untung ada rugi. Tapi jangan lah takut untuk bersedekah dan berjariah dan tak perlu tunggu kaya baru nak buat semua ni.

“Alhamdulillah rezeki ustaz @firdauswong dapat Triton untuk digunakan bagi mengedarkan sumbangan sepanjang tempoh PKP. Terima kasih ustaz kerana membantu mereka yang memerlukan,” tulis peserta Dewi Remaja 2010 ini pada entri tersebut.

Sementara itu, Ustaz Firdaus turut memberikan dedikasi sama dan perkara itu dikongsikan menerusi Instagram rasminya juga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jazakumullahu Khairan kepada @hanif_zaki & @mitsubishi.eam.ampang yang menawarkan sebuah Mitsubishi Triton untuk digunakan oleh kami di MRM bagi mengedarkan sumbangan kepada asnaf & B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP. . Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala murahkan rezeki Hanif & semoga segala amalan serta sumbangan kita semua diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Mungkin tiba masanya untuk kami pertimbangkan membeli sebuah 4WD untuk tujuan kebajikan sebegini. . MAYBANK Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor 5648 1052 0353 . #islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #covid19malaysia #mrmcovid19 #malakatmall #ppim @mitsubishi.eam.ampang

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong) on

“Jazakumullahu Khairan kepada @hanif_zaki & @mitsubishi.eam.ampang yang menawarkan sebuah Mitsubishi Triton untuk digunakan oleh kami di MRM bagi mengedarkan sumbangan kepada asnaf & B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP.

“Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala murahkan rezeki Hanif & semoga segala amalan serta sumbangan kita semua diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Mungkin tiba masanya untuk kami pertimbangkan membeli sebuah 4WD untuk tujuan kebajikan sebegini,” tulisnya.

Pada posting sama, Ustaz Wong turut memberikan butiran akaun kepada mereka yang sudi untuk sama-sama mahu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“MAYBANK, Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor. 5648 1052 0353,” tulisnya lagi.

Terdahulu, video sama turut dikongsikan Hanif menerusi platform sama.

Foto: Instagram Anzalna Nasir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply