Jamal Abdillah bakal dapat ‘baby’ lagi

Menurut Jamal yang berkongsi berita gembira itu menerusi aplikasi WhatsApp, isterinya kini hamil 10 minggu.

“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii,” katanya menerusi WhatsApp.

Jamal ketika dihubungi berkata, mereka sudah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.

“Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina,” katanyanya.

Jamal melangsungkan pernikahan dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperolah cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.

Azura yang akan mencecah usia tujuh bulan dilahirkan menerusi pembedahan.

Jamal ketika itu meluahkan k3syukurannya dikurniakan anak pertama, selepas dua tahun menanti.

Dua anak lelakinya daripada dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13, turut gembira dengan kelahiran Azura.

Sumber : HM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply