Connect with us

Hiburan

Janji nak bayar 16 mei tiba tiba dapat surat minta sesuatu. Akhirnya Khir Rahman tampil buka mulut buat netizen terkedu.

Published

on

Pengarah teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menyatakan kekesalan terhadap tindakan penerbitnya, Fauziah Ahmad Daud yang sekali lagi memungk1ri janji untuk membayar wang tertunggak sejak beberapa bulan lalu.

Kata Khir, Ogy mengambil pendekatan melantik syarikat guaman dan menghantar surat penyelesaian bayaran tertunggak yang dijadualkan pada 16 Mei lalu (Sabtu). “Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8 Mei lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir telah  menghantar surat tawaran penyelesaian untuk bayaran kami yang masih tertunggak itu.

“Surat tawaran itu menyatakan bahawa ada di antara kami yang akan dibayar terus 100 peratus dan ada pula yang akan dibayar 50 peratus pada 16 Mei. “Malangnya, dari syarikat guaman yang sama sehari sebelum 16 Mei, sampai lagi satu surat memberitahu pembayaran akan ditangguhkan.

“Ya ..ditangguhkan ke suatu tarikh yang tak dapat dipastikan lagi, bererti dimungkiri lagi. “Cuma kali ni, belum pun sempat menandatangani kontrak tawaran baru, penngguhan pula yang diberitahu. Ini sangat mengecewakan,” tulisnya menerusi akaun Twitter.

TERKINI : Pembayaran Teater ‘Korupsi Dewan Semandung’ : Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8hb May yg lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir ..telah menghantar surat tawaran penyelesaian utk bayaran kami yg masih tertunggak itu .. Khir difahamkan punca penngguhan itu disebabkan ketidakcukupan dana untuk membayar tenaga produksi yang terbabit.

Justeru, Khir merayu kepada pelakon terbabit agar menjelaskan hutangnya dan menyelesaikan kemelut yang berlaku. “Sila bayar hak kami…saya mohon! “Mencari dana adalah sebelum melaksanakan satu-satu produksi, bukan sesudah.

“Jangan guna k3s-k3s begini untuk mohon simpati mengaut untung perniagaan. Kami ni bukan pihak yang menekan Kak Ogy sebaliknya kami yang tertekan dengan p4lsunya janji-janji Kak Ogy. “Kami telah beri Kak Ogy kepercayaan sepenuhnya walaupun sebenarnya kami tak faham macam mana Kak Ogy nak bayar duit kami melalui promosi yang kurang dari 2 minggu dan hanya 3 malam persembahan.

“Kami telah jaga nama Kak Ogy, kami bersungguh-sungguh menghasilkan pementasan yang baik. “Saya mohon agar Kak Ogy tunaikan amanah tanggungjawabnya sebagai penerbit. Saya doa agar kemelut ini segera selesai,” tambah Khir lagi.

Selain Khir, penulis skrip teater berkenaan, Aloy Paradoks turut meluahkan kekesalannya terhadap situasi terbabit. “Saya belum lagi menerima baki gaji saya dari Kakak Pelakon Hebat Fauziah Ahmad Daud.  “Jadi saya hanya berbaring sekarang, kerana apa, kerana Rasullullah berpesan; kalau marah dan sedang berdiri maka duduk. Jika duduk pun masih masih marah, baring. Jadi saya baring dulu,” tulisnya.

Situasi mulai kcoh apabila pelakon dan kru produksi teater Korupsi Dewan Semandung mend4kwa Ogy sengaja melarikan diri dan enggan membayar baki yang tertangguh. Namun, Ogy tampil membalas kenyataan itu dengan memberitahu dia sedang berusaha untuk mencari dana bagi menyelesaikan hut4ng tersebut.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending