Connect with us

Hiburan

“Jangan buang masa, memang tak boleh!” – Ramai Gigih Pergi Balai Minta Kebenaran, Ingat Boleh Lepas. Sekali Ini Jawapan..

Published

on

Masih belum berputus asa! Selepas berita mengatakan beratus kenderaan diarah berpatah balik, nampaknya orang ramai cuba menggunakan kaedah ‘pujuk’ pihak polis.

Ini selepas kira-kira 70 peratus permohonan rentas negeri diterima Polis Johor adalah untuk pulang beraya di kampung.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagaimanapun semua permohonan rentas negeri untuk pulang beraya itu ditolak.

Katanya, pihaknya menerima antara 1,000 sehingga 1,500 permohonan rentas negeri setiap hari yang dilakukan di balai polis seluruh negeri sejak beberapa hari lalu.

” Namun 70 peratus permohonan dengan alasan pulang beraya di kampung kita ditolak.

” Kita hanya benarkan rentas negeri bagi k3s kecemasan sahaja.

Jangan buang masa, memang tak boleh!

” Oleh itu, jangan buang masa anda membuat permohonan jika itu alasannya mahu rentas negeri.

” Saya minta kerjasama orang ramai supaya jangan ambil k3sempatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dan jika masih terus berdegil, mereka akan diarahkan berpatah balik di pintu keluar negeri.

” Masih ada 33 Sekatan Jalan Raya (SJR) di jalan keluar negeri ini termasuk di lebuh raya, jalan negeri atau kampung dan jika tiada surat kebenaran akan diarahkan berpatah balik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Jangan sampai kena kompaun

Terdahulu sebanyak 500 kenderaan ditahan polis semalam kerana merentas negeri dan memberi alasan mahu balik kampung, kata Menteri Menteri Kanan (Kluster k3selamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

” Mereka yang ditahan kerana cuba merentas negeri (di seluruh negara) untuk balik kampung, sudah diarah berpatah balik.

” Jadi mesyuarat (khas menteri-menteri) hari ini memutuskan tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis (ke atas pesalah),” katanya pada sidang media harian C0vid-19 di Putrajaya

Ismail Sabri berkata, k3sal dengan sikap rakyat yang tidak mengendahkan arahan kerajaan yang menyekat pergerakan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan meminta semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, sebanyak 146 sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri dibuka dan memeriksa 238,500 kenderaan.

” Kita lihat trend ini dan minat orang nak balik kampung itu, maknanya masih ramai seolah-olah tidak berminat mematuhi SOP yang disediakan.

” Walaupun kita kata jangan balik kampung, tolong jangan balik kampung untuk rentas negeri, masih juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa tidak akan berlembut dalam hal itu dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar SOP, selepas ini.

Katanya, fasa menggunakan budi bicara dan nasihat serta amaran yang diamalkan sejak semalam akan ditambah dengan kompaun.

” Saya harap tak perlulah (anda) sampai dikompaun, duit bayar kompaun itu boleh guna untuk perkara lain. Yang penting patuh arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Sumber : Limau ais

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending