Connect with us

Hiburan

Ujian vaksin C0VID-19 sudah mula tunjuk isyarat kejayaan

Published

on

WASHINGTON: Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna mend4kwa keputusan awal ujian klinikal pertama vaksin C0vid-19 yang dilakukan terhadap sejumlah kecil sukarelawan menunjukkan kejayaan.

Menurut syarikat yang berpusat di Massachusetts, ujian vaksin iaitu mRNA-1273 dilihat menghasilkan tindak balas imun ke atas lapan orang yang menerima, sama seperti pada orang yang pulih daripada virvs.

“Data fasa satu interim ini, pada awalnya menunjukkan vaksinasi dengan mRNA-1273 menimbulkan tindak balas imun besar disebabkan j4ngkitan semulajadi,” kata Ketua Pegawai Perubatan Moderna, Tal Zaks.

“Data-data ini membuktikan kepercayaan kami bahawa mRNA-1273 berpotensi untuk mencegah peny4kit C0vid-19 dan meningkatkan kemampuan kami memilih dos untuk ujian penting,” menurut Zaks.

Dalam pada itu, Presiden AS, Donald Trump mengalu-alukan berita berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang luar biasa dan beliau juga mengaku melihat keputusan itu.

“Keputusannya sangat baik. Jadi, saya amat gembira dan pasaran meningkat dengan besar,” katanya.

Ujian klinik yang dijalankan Moderna membabitkan tiga kumpulan terdiri daripada 15 pesakit berumur antara 18 hingga 55 tahun.

Masing-masing menerima tiga dos vaksin berbeza pada ujian fasa satu. Bagaimanapun, keputusan sepenuhnya masih belum diketahui.

Selepas itu pada ujian fasa dua pula, dengan 600 subjek sudah pun menerima lampu hijau daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS. Menurut Moderna, ujian fasa berkenaan bakal bermupa pada suku tahun ini. – AFP

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: bh

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending