Hafreez Adam, Zara Zya Selamat Bertunang… Tahniah!

PELAKON Hafreez Adam dan Zara Zya selamat melangsungkan pertunangan di Kuang, Sungai Buloh, hari ini.

Hafreez, 29, atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, majlis itu dihadiri keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.

“Saya minta maaf sebab tidak maklumkan awal atas atas permintaan keluarga yang mahukan majlis tertutup. Sebenarnya tak ada niat nak sorokkan.

“Alhamdulillah, majlis tadi berjalan lancar. Sejujurnya, sejak sebulan lalu lagi memang berdebar sebab nak melangkah ke fasa baru sebagai tunangan orang. Apatah lagi majlis hari ini mempertemukan keluarga besar kedua belah pihak. Sebelum ini membabitkan kedua ibu bapa dan adik beradik saja,” katanya 

Hafreez dan Zara yang juga pelakon drama Monalisa berkata, tempoh pertunangan antara enam bulan hingga setahun.

“Atas permintaan keluarga kalau boleh bertunang dalam tempoh setahun. Tapi, kalau ada rezeki lebih cepat lagi bagus iaitu mungkin enam bulan.

“Jadi, mulai sekarang kami sudah boleh fikir dan buat persiapan sedikit demi sedikit. Soal kahwin ini bukan main-main. Banyak perkara kena ambil kira.

“Malah, untuk majlis nikah dan persandingan nanti kami merancang buat di sini saja. Jika boleh sekalikan majlis persandingan untuk kedua belah pihak,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

taahhhniiaaahhhhhhh!!!! yeayyy makeup done for my luvly @zarazya happyyynyaaaaaaa xlama dah! penyakit berjangkit lepas i..u pulak okehhh i happy gila2!! selamat bertunang zara! i doakan cepat2 ke jinjang pelamin ??? love tak foudation baru @alhaalfacosmetics_hq ?? gebu gebas! . . makeup : @alhaalfa . hairdo : @ezal_ezlizan . dress : @syafieq_ayman

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Hafreez turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang tidak berhenti mendoakan kebaikan buat mereka.

“Perkara baik tak salah nak kongsi. Apa yang saya harapkan semoga peminat dapat doakan yang baik-baik untuk kami dan segala dirancang berjalan lancar,” katanya.

Pada majlis itu Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak Zara. Kedua pasangan anggun dalam persalinan rekaan Syafieq Ayman. Pasangan itu mulai bercinta sejak dua tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply