Connect with us

Hiburan

‘Tak Jadilah Bantu Aqish’ Zack Kecewa Dan Buka Mulut Apa Yang Berlaku

Published

on

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Massa, Zack kecewa apabila hasrat membantu pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis Azizi, tidak kesampaian.

Zack berkata, usaha menghubungi ibu pelakon berkenaan, Norashikin Mohd Aziz menemui jalan buntu.

“Kami mencari alternatif lain selepas gagal mendapat maklum balas ibu Puteri Balqis. Kami juga berusaha menjejakinya di rumah, tetapi tiada berpenghuni.

“Sebelum ini, kami cuba menghubungi dan menghantar mesej, tetapi tidak dilayan. Malah, mesej tidak dibaca ibu pelakon itu.

“Sebaliknya, kami pula menerima balasan yang menerangkan cara membeli buku puisi yang dijual Puteri Balqis,” katanya kepada BH Online.

Zack atau nama sebenarnya, Zamrudul Ahmar berkata, dia bersama barisan penyanyi rock mahu membantu Puteri Balqis.

“Pada mulanya, kami mahu mengadakan acara Busking Amal di Dataran Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ahad ini, bagi membantu Puteri Balqis.

“Namun, saya sedih tidak dapat menemuinya. Ramai penyanyi rock mahu membantu, tetapi hampa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tetap meneruskan acara Busking Amal dengan kutipan disumbangkan kepada pemuzik kurang bernasib baik dan mereka yang menghadapi masalah kesihatan.

Zack berkata, program busking yang kali pertama dianjurkan Syarikat Muzika Malaysia, akan menampilkan Blank Gamma, Afee Utopia, Shafie Rio dan Dwan Olan.

Turut menghiburkan pengunjung, Yazid Sejati, Hatta Junction, Isa Gravity, Rimba Bara dan ramai lagi.

“Untuk program Busking Amal, pihak penganjur mahu menyatukan penyanyi rock otai bersama artis baharu dan pemuzik jalanan.

“Kami terpanggil membantu rakan artis yang kurang bernasib baik. Ada antara mereka memerlukan perbelanjaan untuk merawat penyakit kronik,” katanya yang menjadi wakil penganjur untuk acara amal itu.

Sejak minggu lalu, Puteri Balqis yang terkenal dengan lakonan penuh penghayatan, mencetuskan kontr0versi apabila mengaku diuji kesempitan hidup.

 

Dalam pengakuannya kepada program Bersamamu yang disiarkan TV3, Puteri Balqis mendakwa terpaksa mengikat perut dan tidak menjamah makanan selama beberapa hari, akibat desakan hidup.

Berikutan itu, Puteri Balqis berusaha mencari pendapatan sendiri dengan menulis buku puisi dan menjualnya di jalanan sambil ditemani ibu.

Sumber : BH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending