Connect with us

Hiburan

“Saya masih perlu makan” – Netizen Sedih Tengok Atuk 81 Tahun, Dulu CEO Tapi Lepas Bersara Terp4ksa Jadi Sales Assistant

Published

on

Warga emas yang dah bersara dan bekerja sambilan demi kelangsungan hidup adalah sesuatu perkara yang biasa di Thailand.

Seorang individu telah berkongsi di Facebook tentang kisah seorang warga emas berusia 81 tahun yang dijumpainya baru-baru ini. Menurut Palakorn Tesnam, atuk itu kini bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pusat membeli belah.

Ketika sedang membeli belah, Palakorn telah ditegur oleh Uncle Pracha yang bertanya kalau dia memerlukan troli dan perbualan mereka kemudian berpanjangan.

Sumber: Facebook

Palakorn sempat bertanya mengapa dia masih bekerja di usia sebegitu dan jawapan diberi Uncle Pracha menyentuh hati di mana katanya dia masih perlu menampung kehidupan sehariannya.

Sebab saya masih perlu makan, jadi tak boleh berhenti bekerja. Setiap saat adalah duit. Baguslah pengurus di sini benarkan saya bekerja.”

Lebih mengejutkan, Palakorn kemudian dapat tahu bahawa Uncle Pracha dulu merupakan seorang CEO perniagaan dengan mempunyai 200 pekerja di bawahnya. Namun, perniagaan itu terp4ksa ditutup dan kata Uncle Pracha lagi walaupun dia dulu seorang CEO tapi ketika itu dia tak mempunyai ‘kawan sejati’.

(Dulu) saya tak ada seorang pun sahabat.”

Tiada sesiapa pun tolong ketika saya dalam kesusahan, jadi saya perlu urus semuanya sendiri.”

Kisah dikongsi Palakorn itu menyentuh hati ramai netizen dan turut memuji Uncle Pracha kerana berfikiran positif serta tabah di usianya sebegitu.

Sumber: Facebook

Uncle Pracha juga sempat memberi nasihat sebelum Palakorn beredar dari kedai itu. Katanya,

Jangan minum (ar4k) terlalu banyak, jangan merok0k dan jangan minum minuman berkarbonat secara berlebihan.”

Tapi paling penting sekali, jangan terlalu serius dalam hidup. Tak bagus untuk kesihatan kamu.”

Sebaknya. Sebab terbayang kalau atuk atau nenek sendiri terp4ksa bekerja walaupun dah tua…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Lobakmerah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending