Connect with us

Hiburan

Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP

Published

on

Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni ramai peniaga-peniaga kecil terjejas sebab tak dapat nak berniaga kat luar rumah. Sesetengah peniaga akan membuat inisiatif untuk buat perkhidmatan cash on delivery (COD) kepada customer supaya peniaga-peniaga ini masih mampu memperoleh pendapatan waktu PKP ni untuk melangsungkan hidup.

Namun, ada segelintir individu yang membuat andaian sendiri kononnya orang yang keluar waktu PKP ni takde tujuan yang munasabah. Korang kalau nak tau sesuatu tu mesti tau cerita sebenar, jangan asyik tuduh sesuka hati je. 

Menurut posting @Amiera Idayu di Twitter, dia memberi repon mengenai sebuah gambar yang dikongsikan oleh seorang individu yang memaparkan seorang lelaki dan perempuan sedang naik motor berdua sewaktu PKP ni. Caption yang ditulis oleh individu berkenaan menyuruh mereka untuk stay kat rumah.

Gadis ini menjelaskan bahawa dua individu yang menaiki motor berkenaan merupakan abang dan adik perempuannya yang sedang menghantar barang niaga ibu mereka.

“Kalau tak niaga macam mana kau ingat macam mana mak ayah aku nak bagi 8 orang adik beradik aku makan” 

Katanya, takkan selamanya kena mengharap ihsan daripada orang lain. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih dan selagi boleh usaha kena usaha.

Pada masa yang sama netizen turut menasihati gadis ini supaya nak pergi mana sekalipun helmet jangan lupa dan mendoakan keluarga gadis ini dipermudahkan urusan untuk mencari rezeki.

Aku faham keluarga yang berniaga 

Kalau dekat sekalipun helmet wajib pakai

Aku doakan korang sekeluarga dimurahkan rezeki

 

Sumber : LobakMerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending